JALAN-JALAN CARI TEMPAT MENARIK

Khamis, 29 Januari 2015

Perjalanan Ke Negara Keempat

Marhalah Yang Paling Menakjubkan

Saya mengikuti rombongan ke Negara Timur Tengah yang melibatkan dua buah negara iaitu Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudia bersama agensi pengurusan Umrah dan Ziarah yang bermula pada 13 Januari dan berakhir 24 Januari 2015. Dengan menaiki pesawat Etihad Airways EY 411 dan TRANSIT di Lapangan Terbang Abu Dhabi sebelum pesawat yang seterusnya dari Abu Dhabi ke Lapangan terbang Jeddah EY 2311 dan seterusnya bermulalah perjalanan di Bumi Anbiya....

Dlm flight EY 411 dari KL ke Abu Dhabi

Hidangan dinner dlm Flight Etihad



Sewaktu transit di Airport Abu Dhabi


Nampak tak ada signboard Abu Dhabi dan Dubai


ketika di dalam bas dari
Lapangan Terbang Jeddah
yang mengambil masa 5 jam
untuk ke Madinah


Posisi dan kedudukan
pemanduan kereta dari
sebelah kiri dan laluan jalur
kanan


Keadaan muka bumi yang banyak bukit besar serta
padang pasir yang luas


Akhirnya sampai di sebuah
masjid yang berhampiran
dengan restoran nasi arab


Restoran Nasi Arab yang terdapat di R & R

Di hadapan masjid Nabawi


Bahagian dalam masjid Nabawi


Mimbar Masjid serta kedudukan
yang berdekatan dengan
 Raudhah


Pintu masuk ke tempat baca
khutbah


Selesai menunaikan solat di
masjid Quba

Selesai sahaja melawat masjid Quba, saya dengan rombongan jemaah yang lain membeli belah di pasar tamar. Pelbagai juadah yang ada di pasar tamar termasuk coklat, kurma, kismis, kacang cerdik, kacang tanah, kacang arab, buah jeruk zaiton dan sebagainya yang terdapat dijual disini....  



Seterusnya melawat kawasan sekitar Bukit Uhud yang penuh dengan sejarah para sahabat Nabi   محمد  s.a.w dan membeli cenderamata di bazar membeli-belah tersebut....  







Seterusnya setelah tiga hari di Kota Madinah, saya bersama rombongan akan menziarahi Kota Makkah untuk menunaikan ibadat Umrah....   

Kelihatan Bangunan Tumbang
sewaktu dlm perjalanan pulang ke
Hotel dan akan bertolak dari Hotel ke
Masjid Bir Ali



Marhalah dari Bir Ali ke Makkah dan
terus menginap di Taqwa Tower Hotel


Sampai terus melaksanakan ibadat
umrah dengan melakukan pusingan
tawaf, saie dan seterusnya tahalul


Dekat dengan mercu tanda Utama iaitu
Kaabah dan Menara Jam Abraj Al-Bait


Awl Pagi yang hening di Tanah Suci



Ahad, 23 November 2014

Jalan di Kemaman

Berjalan dan Bercuti sambil Berkursus

Memang rasa seperti mensukacitakan saya apabila dapat mengikuti kursus di Terengganu dalam bulan yang sama. Kursus ni banyak juga saya menimba pengalaman dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Kalau nk tahu jom tengok gambar yang ada seperti berikut....











Seterusnya Berkursus di INTIM Kemaman yang sememangnya amat dinantikan oleh saya sebelum ni yang mana tempatnye juga bagai di hotel resort dekat tepi pantai macam pusat peranginan le plak....  

Kreta Baru Dari Kemaman Trengganu



Dah sampai kt Institut Tadbiran Awam Cawangan
Pantai Timur



Wah, pengumuman berkaitan dengan seminar



Tempat duduk menunggu, di hadapan bilik yang
telah disediakan



Akhirnya saya tiba di bilik 106



Ini bilik urusetia kursus agaknya



Siap ada mesin pencuci baju lagi



watercooler



ada sampai tingkat tiga



ada nama bilik bunge raye

Setelah selesai kursus saya sempat transit di tempat pembelian kropok lekor dingin dengan satar yang disejuk bekukan di kedai yang berdekatan dengan pintu gerbang besar....  




Isnin, 24 Mac 2014

Keropok Bungkus

Pelbagai Aneka Keropok Bungkus

Keropok Bungkus adalah suatu makanan yang ringkas untuk keraian jamuan mahupun aktiviti santai serta berkelah. Keropok bungkus juga dikategorikan banyak dan pelbagai aneka pilihan serta perisa mengikut citarasa pengemar utama keropok bungkus. Ada keropok bungkus yang digoreng sendiri dan ada juga keropok yang dibeli secara pukal dan kemudian di paking dengan jumlah mengikut kandungan kuantiti keropok bungkus tersebut. 





Jumaat, 6 Disember 2013

Perjalanan Ke Jakarta

Satu Hari Dalam Bulan Puasa Di Kota Terpadat  Asia Tenggara

Pada hari sabtu bersamaan dengan 20 Julai 2013 juga dalam sekitar bulan Ramadhan A-Mubaraq, saya dapat terbang sekali lagi kali ini di Kota yang amat diidamkan iaitu Jakarta. Perjalanan saya di sana adalah selama satu hari iaitu bertolak pada jam 7pagi di LCCT dan tiba di sana jam 8pagi waktu di Jakarta. Antara gambar yang dapat dirakamkan adalah seperti berikut:

Hidangan makan malam di LCCT


Makan sahur (yela esok dah nak puasa kn)


Suasana di luar tingkap flight sblum berlepas


Wah!!! Nampak tasik dan lopak air dari tingkap flight


Pemandangan Matahari terbit dari ufuk timur yang
jelas kelihatan  صبهنالله

Akhirnya sampai juga di lapangan terbang dan pendaratan

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno


Pusat Membeli-belah yang terbesar di Kota Metropolitan


Tugu yang berhampiran dengan Bulatan Thamrin


Melalui bulatan untuk perjalana ke Tugu


Akhirnya tiba di Hadapan Tugu Monas



Lanskap Mercu Tanda Kota Metropolitan



Bahagian lobi utama di bawah ruang legar



Dalam terowong bwh tanah menuju ke laluan masuk ke
tangga atau lif yang membawa ke puncak



Ketika berada di Puncak Tugu Monas


Pemandangan Masjid Istiqlal dari puncak Tugu Monas



Sekitar pemandangan Bangunan Pertamina



Sekitar pemandangan menara kembar dan dari jauh kelihatan
bulatan thamrin dan bangunan di sekitarnya serta
kesibukkan kota Metropolitan

Persembahan nyanyian berunsurkan keamanan dari
Sukarelawan Kumpulan Pancaragam semasa
sampai semula di lapangan terbang pada
sekitar lewat petang